HEALTH : TIPS KURANGKAN KOLESTROL TINGGI

0 comments
APA ITU KOLESTROL

Merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel sel badan.
Merupakan kompenen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu tisu lain dalam tubuh

DUA SUMBER UTAMA KOLESTROL

Kolestrol dihasilkan secara semulajadi oleh hati tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan seharian.
Kolestrol dalam makanan akan meningkatkan paras kolestrol dalam darah.
Kandungan kolestrol tinggi dalam badan akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.

Kolesterol berlebihan akan berkumpul dan membentuk plak yang menyumbat dinding arteri. Memandangkan timbunan plak ini terus bertambah dan makin menebal, aliran darah akan menjadi semakin perlahan dan mungkin terhenti.

PETUA TURUNKAN PARAS KOLESTROL SECARA SEMULAJADI

  • * Mengurangkan berat badan sekiranya anda bermasalah dengan berat berlebihan. Untuk mengurangkan atau mengekalkan berat badan, kita perlu menggunakan kalori berlebihan daripada makanan dan mengurangkan pengambilannya mengikut jumlah yang diperlukan. Ini kerana apabila pengambilannya melebihi daripada tenaga yang digunakan, kalori berlebihan akan ditukar kepada lemak dan mengakibatkan pertambahan berat badan.
  • * Bersenam secara tetap (sekurang-kurangnya 30 minit senaman tahap sederhana, sekurang-kurangnya 5 kali seminggu) boleh mengurangkan kolesterol total dan kolesterol berbahaya (LDL) serta meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Pemakanan seimbang.Merangkumi buah-buahan dan sayuran dalam hidangan harian (5 hidangan sehari) didapati boleh meningkatkan kolesterol HDL
  • Berhenti merokok sekiranya anda seorang perokok memandangkan merokok boleh merendahkan kolesterol HDL
  • Memperbaiki cara pengawalan stres juga sangat dicadangkan.
  • Semenjak tahun 70-an, red yeast rice didapati berkesan untuk merendahkan LDL, trigliserida dan kolesterol total. Walau bagaimanapun, pilihlah red yeast rice yang dipiawaikan kandungan ekstraknya berbanding dengan yang tidak dipiawaikan yang sukar untuk diramal.
  • Red yeast rice terhasil daripada fermentasi beras dengan yis merah, yang memberikan warna merah gelap kepada nasi. Ia mengandungi monacolin yang menghalang aktiviti enzim HMG-CoA reductase yang terlibat dalam penghasilan kolesterol dalam tubuh. Dalam ujian ke atas 502 orang pesakit hiperlipidemia, ia didapati dapat menurunkan 17 peratus kolesterol total. Secara purata Kolesterol LDL diturunkan sebanyak 24.6 peratus dan serum trigliserida 19.8 peratus. HDL kolesterol meningkat sehingga 12.8 peratus dalam kumpulan rawatan.
  • Selain itu, vitamin E tokotrienol juga didapati memberi manfaat dalam mengurangkan paras kolesterol total dan jantung secara keseluruhannya.
VITAMIN SHAKLEE YANG BANTU KURANGKAN KOLESTROL

  • VIVIX
  • LECITHIN
  • OMEGA GUARD
  • GARLIC
  • VITA E
  • ALFALFA
  • VITA C PLUS
  • GLA COMPLEX
  • COQHEALTH
TERBARU!!! 
PHYTOCOL-ST 




Love,

MUNIRAH HAZAM
The measure of who we are is what we do with what we have.-

Post a Comment